Mesej daripada CEO - Penglibatan dalam Perdagangan Forex yang Baru dan Mengujakan


Sejak penubuhannya, memastikan kepercayaan dan keyakinan dalam diri setiap klien dan rakan kongsi telah menjadi keutamaan dalam apa jua yang dilakukan oleh S.A.M. Trade. Lapisan keselamatan tambahan - di samping lesen sedia ada yang dimiliki S.A.M. Trade telah memperkuat komitmen kami ke arah membina standard terbaik dalam urus tadbir korporat, pengalaman perdagangan dan kepuasan klien. Standard tinggi yang S.A.M. Trade kenakan ke atas mereka sendiri ditingkatkan oleh SamAide yang menawarkan keselamatan wang yang teguh supaya pedagang dapat berdagang dalam keadaan tenang.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Visi 2025 kami, Samtrade FX telah dijenamakan semula kepada S.A.M. Trade yang menandakan perubahan syarikat sejak 2015. Apa yang tidak berubah adalah teras sistem kepercayaan S.A.M. Trade dan tim di mana kekuatan syarikat terletak pada 3 asasnya: Sinergi, Kebolehsesuaian, dan Motivasi.

S adalah singkatan untuk Sinergi - Kami adalah satu pasukan; satu Sinergi. Tim kerjasama antara unit perniagaan kami adalah lebih daripada sekadar komunikasi dan kerja pasukan berkesan - kami mengumpil kepelbagaian untuk mencipta organisasi yang lebih efektif. Kami mempromosikan sikap yang menyumbang kepada kerjasama dalaman dan sokongan merentas unit-unit organisasi bagi mencapai hasil yang lebih hebat.

A untuk Adaptability (Kebolehsesuaian) - Bergerak seiring dengan masa yang berubah, kami terus menyesuaikan diri dan meningkatkan perkhidmatan dan penawaran produk kami. S.A.M. Trade bukan sahaja menawarkan produk CFD yang disandarkan oleh kelas-kelas pelaburan cth., forex, komoditi, S.A.M. Trade sekarang turut menawarkan CFD dalam ekuiti dan mata wang kripto. Klien dan rakan kongsi boleh menjangkakan lebih banyak produk sesuai dengan gaya dan keperluan perdagangan yang berbeza.

Akhir sekali, M adalah untuk Motivation (Motivasi) - Tujuan kami adalah untuk berkembang, sebagai individu dan sebuah pasukan, memberi kuasa kepada tim kami yang sehaluan, profesional yang gigih bagi membolehkan kejayaan klien kami dan kejayaan satu sama lain dalam industri, serta dalam bidang kepakaran pilihan ahli pasukan kami.

S.A.M. Trade juga mengambil langkah lebih besar ke dalam ruang digital kewangan. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa ahli gabungan kami, S.A.M. Trade (Asia) Pte. Ltd, telah memulakan dagangan secara umum di Pasaran OTC dengan simbol (OTCMKTS: SMFX) pada 31 Mac 2021.

Dalam semangat penjenamaan semula dan inisiatif baru, kami akan terus komited kepada klien dan rakan kongsi kami serta menyediakan tahap profesionalisme yang telah anda alami. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada klien-klien dan rakan perniagaan kami yang setia untuk kepercayaan yang diberi dan persahabatan dalam perniagaan.

Dengan Penuh Kesyukuran,
Sam Goh

Kehadiran Kami


S.A.M. Trade menyediakan perkhidmatan yang holistik dan khusus kepada klien dan rakan kongsi kami. Kami berusaha untuk cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada semua klien kami. Kami pastikan semua keperluan klien kami dipenuhi bagi mencapai kepuasan penuh mereka.

Kelebihan Berdagang dengan Broker STP/ECN


Sebagai broker STP/ECN, dagangan klien dialihkan terus kepada penyedia kecairan kami; kami hanya mengambil sedikit keuntungan ke atas komisen sahaja yang berpunca daripada volum yang didagangkan.

Model STP/ECN disukai oleh ramai pedagang kerana firma yang beroperasi dalam model STP/ECN biasanya mampu menawarkan spread yang lebih kompetitif. Broker STP/ECN mengalihkan banyak dagangan kepada penyedia kecairan yang dapat menawarkan spread yang sangat ketat disebabkan oleh volum besar yang mereka uruskan. Maksudnya di bawah keadaan pasaran standard, spread cenderung untuk menjadi lebih ketat.

Persekitaran yang Lancar dan Selamat


S.A.M. Trade berkerjasama dengan beberapa penyedia teknologi terbaik dunia untuk menyediakan persekitaran yang lancar dan selamat kepada klien.

ECN

ECN

Teknologi yang digunakan di S.A.M. Trade dikenali sebagai Electronic Communication Network (ECN) atau Rangkaian Komunikasi Elektronik. ECN adalah sejenis rangkaian berkomputer yang memudahkan perdagangan produk kewangan di luar bursa saham tradisional. Ia menghubungkan broker-broker utama dengan pedagang-pedagang individu agar mereka boleh berdagang secara terus tanpa melalui orang tengah dan membolehkan pelabur dari pelbagai lokasi geografi untuk berdagang dengan cepat dan mudah di antara satu sama lain.

MT4

MT4

MetaTrader 4 adalah platform yang direka untuk menyediakan pengalaman perdagangan terbaik kepada klien, menganalisis pasaran kewangan dan menggunakan Expert Advisors (Pakar Penasihat). Platform MetaTrader 4 lebih daripada sekadar platform perdagangan terkini. Senibina agihannya, sistem keselamatan yang kuat, perdagangan mudah alih yang mudah digunakan, dan perdagangan automatik inovatif adalah beberapa kecekapan teras yang memberikan MetaTrader 4 kelebihan bersaingan yang menambat perhatian. Oleh itu, ia menawarkan penyelesaian sempurna kepada keperluan perdagangan yang paling mendesak



S.A.M. Trade juga membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan berbeza yang membantu anda untuk berdagang dengan cara yang lebih mudah dan ringkas.
S.A.M. Trade memahami kepentingan perlindungan wang kepada klien. Oleh itu, kami juga mencipta 6 dasar keselamatan dana kami.

Cari lebih lanjut mengenai…

Berdaganglah dengan kami sekarang!